Monday 19 May 2014

DINNER BIFB

ASsALamuALaikum..

haiiii,,

pejam celik-pejam celik..
tinggal lagi berapa hari ja lagi kat bumi sintok nie..
alahai..
kejap jew masa berjalan skunk, eh, berlari !
last semester.
ofcos ada dinner, yes ! last dinner for we all..
tetiba jadi sedeyh lak..

lepas nie, mesti suma dah bawa haluan masing-masing..
hanya gambar tinggal kenangan..
macam-macam yg kita lalui..
erti persahabatan..
esaimen yg memerlukan banyak bantuan uncle google..
kuiz.. mid-term.. final.. etc..

sembang-sembang..
gosip-gosip..
best sgt..
hilang stress..

semester nie dapat tukar dpp..
from SIME DARBY to MUAMALAT..
sebenarnya, xkisah pown dapat dpp mana..
tp saya lebih prefer DPP MUAMALAT sbb asa selesa lg kat cnie..
rumet,, SITI AMIERA BT YUSOF..
ex rumet hajar dulu..
so, xda la janggal sgt..
sbb dah kenal..

k lah,, xmau cita panjang-panjang..
nnty banjir lak..
sobsssss T__T
HOPE LEPAS NIE SUMA BERJAYA DENGAN KERJAYA MASING-MASING NNTY..
*** kawen jgn lupa jemput keyh !'
inshaALLAH saya sampai.. heeee,,

ratu-ratu BIFB ^^

side we olls~

side jiran..
amboi datin.. dua-dua masuk ek ~
heeee..
*** datin a.ka junior kitorang..


cik mal xmau sent pic nie kat wassap ~ 
paksa jugak sent..
alaaa,, cik mal tetap comel.. don wory.. =D

oke ~ sesi photoshot !
salah satu matlamat utama..
huhu
mula-mula tgok nie..
mcm nak buat mini pelamin utk bertunang ja..
eh???? =P

cik mal.. jenny.. hajar.. ruhil.. atie





kesian vespa..menampung 3 orang..huuu









with jenny ~ 
dok kat belah-belah taman remia.. machang bubok..
inshaALLAH.. dekat ja.. moga silaturrahim terus terjalin..

 


with DR FOUSIEY..
lec foreigner yg sporting,,

dapat cabutan bertuah..
dok pening-pening ngan cik mal nak pilih yang mana..
last-last nambe tue bertuah..
heeee


sampai sini saja.. k lah..
nak ciap-ciap pi taklimat praktikal..
wish me n all my friend luck !
friendship till jannah :)


Friday 16 May 2014

aSSaLamuaLaikum..

oke.. seperti kebiasaan.. karakter kita berdasarkan tarikh lahir..

jom terjah ^_^

Januari 01-09 ~ hamster 
Januari 10-24 ~ Tikus 
Januari 25-31 ~ Singa 
Februari 01-05 ~ Kucing 
Februari 06-14 ~ Merpati 
Februari 15-21 ~ Kura-kura 
Februari 22-28 ~ Harimau Bintang 
Mac 01-12 ~ hamster 
Mac 13-15 ~ Singa 
Mac 16-23 ~ Tikus
Mac 24-31 ~ Kucing
April 01-03 ~ jerung
April 04-14 ~ Harimau Bintang
April 15-26 ~ Tikus
April 27-30 ~ Kura-kura
Mei 01-13 ~ jerung
Mei 14-21 ~ Merpati
Mei 22-31 ~ Singa
Jun 01-03 ~ Tikus
Jun 04-14 ~ Kura-kura
Jun 15-20 ~ jerung
Jun 21-24 ~ hamster
Jun 25-30 ~ Kucing

Jul 01-09 ~ Tikus
Julai 10-15 ~ jerung
Julai 16-26 ~ Merpati
Julai 27-31 ~ Kucing
Ogas 01-15 ~ hamster
Ogos 16-25 ~ Tikus
Ogos 26-31 ~ Kura-kura
September 01-14 ~ Merpati
September 15-27 ~ Kucing

September 28-30 ~ jerung
Oktober 01-15 ~ hamster
Oktober 16-27 ~ Kura-kura
Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang November 01-16 ~ Singa
November 17-30 ~ Kucing
Disember 01-16 ~ jerung
Disember 17-25 ~ hamster
Disember 26-31 ~ Merpati "


»»» maksud/erti :

#
jerung: Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai.Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.

#
Tikus: Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

# Singa: Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun,kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.

# Kucing: Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan,kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

# Kura-kura: Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati.Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.

# Merpati: Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun,awas! Kamu mudah jatuh cinta!

# Harimau Bintang: Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya Kamu juga boleh menghadapi senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm...kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung dibawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi,apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara -kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun,apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.

# hamster: Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu' suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu.
# Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan..

wink3~~ 
saya --> tikus
en. chenta --> jerung..

huhu.. agak-agak sama tak karakter tue?? hewwwww

HIDUP IBARAT RODA

asSaLamuaLaikum..

saya always ingat pesan mak..

walau setinggi mana pon tahap pelajaran kita nanti.. 
walau sebesar mana pon pangkat kita nanti..
walau sebanyak mana pon gaji kita nanti..

tetap kena hormat suami..

walaupown suami hanya berpelajaran biasa..
walaupown suami hanya berpangkat biasa..
walaupown suami hanya bergaji kurang dari kita..

hmm, dulu..
saya berpegang pada prinsip..
dalam semua bab..
dalam mencari suami..
dia perlulah menjadi contoh dalam semua hal..

tp bila terjadi pada diri sendiri.. 
mungkin menganggap ada hikmah di sebalik semua yang terjadi..
umur mematangkan seseorang..
apa-apa pown saya akan sentiasa beri semangat pada en.chenta..
ALLAH sentiasa membantu umatNYA..
sentiasa mengingati ALLAH agar permudahkan segalanya..
inshaALLAH, satu hari nanti awak pasti berjaya..
walaupown kawan-kawan awak sudah ada kerjaya masing-masing..
awak masih belajar..
percaya lah.. 
rezeki ALLAH ja yang tahu..
mana tahu.. satu hari nanti :)

GF : Saya nak awak sambung study,ambil degree spya ada kerja. 
BF : ya syg ..
GF : Saya nak awak deposit kereta spya senang g jalan2..
BF : Baik syg ..
GF : Saya nk bawa lelaki yg berkerjaya jumpa mak ayah sya.
BF : Baik syg .
GF : Duit belanja sya dah habis. Nak minta bapa malu. Kirimkan sya duit ..
BF : Boleh syg . Tapi tak byk sbb syg taukan abg banyak benda nak bayar.Kerja pun tak tetap. Tak sampai RM1000 gaji . Bilik sewa, makan lagi..RM50 cukup ya. kat Syg pandai2 lah jimat ya. Kalau syg lapar,abg usaha hantarkan mknan kat hostel syg. Ataupun biskut2 ke. Jgn selalu sangat keluar ya syg...
GF : Engko giler RM50 je? kau ingat aku makan makanan anak ayam hari2? Mana pergi duit gaji kau? Bukan byk sgt kau nak bayar. Pergi kerja pakai motor,minyak motor bukan mahal . Kau makan bukan byk. Tempat kerja ada sedia makan. Setakat lelaki macam kau . Aku banyak benda nak bayar. Nota study,yuran kolej. Belanja hari2 .
BF : Abg bukan Xnak tolong syg. Baiklah , abg tambah sikit ya syg. Syg jgn merajuk dgn abg...Abg syg kan syg..
Suatu hari , setelah sekian lama GF mula bosan dgn BF nya yg xpandai memajukan diri . Kerja tak tetap..GF mengenali seseorang yg baru,yg lebih berada & selalu memenuhi kehendaknya berbanding BF nya yg dulu . Suatu hari , BF SMS GF nya..BF : Syg, ptg ni abg hantar makanan kat hostel syg ya . Abg npk syg post kat FB teringin nak makan nasi ayam..Tiada balasan dari GF nya. Namun BF tetap berusaha ingin menghantar mknan . Petang pyn menjelma BF memecut laju motor kapcainya kerna khuatir makanan yg dibawanya akan sejuk & ais minuman akan cair menuju hostel GF nya . Dgn penuh semangat & kasih syg , dia ingin benar berjumpa dgn kekasihnya membawa sebungkus nasi ayam bersama teh susu ais kegemaran GF nya. Namun saat motor mulai memasuki kawasan hostel, BF ternmpk GF bersama seorg lelaki di dlm sebuah kereta . Motor diperlahankan sayu hatinya melihat GF nya berlalu pergi bersama lelaki lain . BF mengalirkan air mata. Menatap kekurangan diri . Beberapa lama setelah itu , GF ditipu bulat2 oleh Sang lelaki yg kaya . diperguna & diperbodohkan . GF meratap sayu nasib dirinya . Sedang dalam perjalanan ke kuliah , GF disapa mesra seorg pengawal keselamatan hostelnya .
Security : Cik , maaf kalau sya mengacau . Niat sya cuma nak bertanya , Nama cik , Cik Nina kan?
GF : ya , saya .
Security : Sebab sya nmpak name tag cik . Tak salah org kot sya .
GF : kenapa ya pak cik?
Security : Oh , pagi tadi . Ada seorg lelaki pakai kereta Honda City & berbaju Overall , mcm kerja pelantar minyak tu cik , offshore kot . Dia suruh sya hantar bungkusan ni pada gadis yg bernama Nina . Saya ckp sya tak kenal nanti takut salah org. Dia ckp , Cik Nina kalau pergi kuliah, dia akan pakai kasut biru tau , beg tgn warna merah , ikat rambut reben warna pink , org nya cantik , dan gelang tgn di tgn sebelah kanan . Sya tak silap org lah ni .
GF terkejut hanya BF sahaja yg begitu detail tentang dirinya . Hatinya sebak tiba2. Tapi mustahil BF nya . BF nya kerja supermarket , motor kapcai mcm tak cukup bulan , apalagi pakai Overall offshore , jauh sekali . Bungkusan bertukar tangan .GF membuka & membaca isi di dalam nya "A'salammualaikum Nina . Apa khabar? Sya tahu Nina dah tukar nombor . Sbb sya call tak dapat . Sya selalu datang hostel , tapi cuma perhatikan dari jauh . Sbb sya malu nak berhadapan dgn Nina . Sya sedar kekurangan sya . Sya nak Nina bahagia . Sya mnta maaf dulu tak dapat bagi banyak duit belanja untuk nina . Duit gaji sya masa tu , saya kumpul & gunakan untuk deposit kereta Hari itu , sya nampak Nina post teringin nak makan nasi ayam , sya tgh rehat lepas cuci pelantar , hari panas terik , Saya rindu Nina . Saya nmpak laut, Sya teringin nak jumpa nina . Maafkan sya takda byk masa untuk nina . Tapi sya nmpk Nina dgn org lain sya tak marah . Sya sedar kekurangan sya . Sya menangis sebab lambat majukan diri . Mula dari hari itu , saya kerja habis2an . Walaupun Nina dah sakitkan saya , saya tak boleh lupa kn nina . Rezeki tuhan tak siapa duga. Kesungguhan sya dilihat oleh orang besar2 di perkapalan . Saya ditawarkan jadi sebahagian dri team mereka . Esok sya akan berangkat ke Dubai. Saya menetap di sana . Maafkan sya tak jujur dgn Nina bukan karna sya mahu sembunyikan tapi sya tak mahu Nina riak bila tahu sya sedang berusaha utk masa depan kita . Sya mahu buat kejutan utk Nina. Sya dah bincang dgn Mak Ayah sya sebelum ni . Kejutan utk Nina , Mak akan datang merisik Nina bila sya dah beekerjaya tetap . Itu janji sya . Tapi , sya sedar , bukan mudah Ninan terima kekurangan sya . Sya ni comot . Tak pakai barang branded. Jadi izinkan sya bwa diri. Hadiah ni sya beli guna duit gaji pertama sya sebagai seorang offshore . Terimalah syg. Sya tahu dah lama Nina idamkannya . Setiap kali kita keluar bersama , inilah yg nina selalu tunjuk . Maafkan sya Nina" . GF mengangkat kotak bungkusan .GF terduduk di kerusi security . Air mata mengalir sebentuk cincin idamanya yg nilai nya tak terkira, jiwanya bergetar .
Security : lelaki itu selalu datang sini cik dgn kereta Honda City tu . Handsome orgnya . Tapi dia cuma duduk dalam kereta . Hari ini baru sya nmpak dia keluar dari kereta dan minta sya sampaikn ini pada cik . GF menangis . . Sekian . . . . Ingat! Cintailah orgnya bukan apa yg dia ada . 




Tuesday 13 May 2014

VISIT ME AT MUAMALAT

aSsALaMuALaikum..

hai,,

sebelum nie dok gaduh-gaduh cket ngan en. chenta sbb xbg dya balek jumaat..
sebab apa tak bagi dya balek??
kesian kat dya coz kena dok ataih moto sorg-sorg..
seriusly risau sgt..
mcm-mcm bole jadi kat jalan..
YA ALLAH..
mintak simpang semua tue..
saya cuma beringat..
kesian en. chenta kalau kena ujan..
en. chenta dah la xsihat..
antibody kurang..
xnak awk batok terok-terok..
selsema laa..

tp, semalam saya dapat good news !
awak kena keja hari jumaat,, then cuti hari selasa..
WESAK day !
yYeAaAaa, 
the most happy news is awk nak datang UUM..

rindunya kat awak..
nnty saya dah nak abeh study..
mst dah susah nak dtg uum..
kalau dtg pown maybe kalau ada function..
atau jugak saya nak further study (inshaallah)
atau jugak sapa-sapa study kat cinie..
atau jugak nak konvo (itu WAJIB)

awak nak datang lunch kat cnie..
tp saya xprefer lunch kat DPP MUAMALAT..
ntah la, xbkenan..
nak ajak awak pegy PUSAT ISLAM..
try tnya miera a.k.a my rumet, dya bwk moto..
dya xsihat.. so, xnak pegy..
segan sebenaqnya nak mintak pinjam moto dia..
heeee...
so, suruh en.chenta dtg dinner..
ptg cket bole mkn western,,
chicken chop..
AaUumMmM,,
sangat berpuas hati..
murah, banyak, yg penting sedap !

tp pagi td tetiba miera offer moto dya..
terus saya ajk hajar and msg en.chenta ajak lunch cnie..

around 1.00 pm en.chenta smpai.. 
wah!!! sekali bg plan, trus jumpak..
mMuUAahHh.. :*
hikhikhik..
sory la kena tunggu cket coz saya dah pesan ciap-ciap time kat changloon msg..
tp awk xtgok fon..
so, tunggu la saya berciap keyh.. ;)
awak datang dgn kawan awk..roy..

eh, saya bawa moto skuter  EGO miera laa..
bestnya kalau ada skuter sendiri..
bkn xbersyukur dah ada moto WAVE125 kat rumah..
tp xsuka time part nak strat..
bole tercabut lutut oOoOoO..
wahai ayah..
kesian kan lah anak gadismu ini..
tolong sponser sebijik moto skuter ^_^ hihihihi..
nampak ayu jew kan.. pakai baju kurung pown xda hal laa..

alaaaaa, PUSAT ISLAM xbukak..
so, patah balek makan kat DPP MISC..
motif saja nak bawak en.chenta ronda UUM, 
betapa besaq nya UUM..
hewwwww..

lpas makan..
saya bungkus moysup sup kat miera..
and mintak hajar naek dulu antaq kat miera..
saya, en.chenta and roy sembang-sembang kat cafe DPP MUAMALAT..
mula-mula dah ckp kat hajar time atas moto..
mcm mna kalau terjumpak R******..
pastue dya kata, xdak aih..
xpenah jumpak kat cafe pown sebelum nie..
last-last masin mulut saya..
mmg dok kat sebelah saya time nak beli buah and kuih..
mcm mna ntah bole tertengok kat sebelah kiri..
mcm tergamam and dya terus lari..
maybe dya nmpak en.chenta..
balek tue saya tnya en.chenta..
dya nampak kew x, tp sumpah-sumpah dya ckp xnampak..
hopefully betol la keyh.. :)

around 3.45pm..
sembang-sembang pasal fahmi.. sepupu en.chenta..
cakap dya bela kucing.. 
saya tunjuk la kat fon pic kucing emi tue..
dan bagi fon kat en.chenta suruh tgok..
tak sangka lak en.chenta nak stalk segala isi dalam fon saya..
saya gelabah bukan sbb saya msg cinta-cinta ngan laki len..
tp saya takut en.chenta salah paham..
tataw nak explain mcm mna..
saya terus amek fon kat en.chenta and delete msg-msg tue..
en.chenta naek angin and tanya sapa?? sapa?? sapa??

tak tahu macam mna nak explain..
yang pasti bukan msg saya curang ngan awk..
tue suma msg-msg masa saya tengah sdeyh..
saya luahkan kat someone..
someone yg mintak diberi peluang untuk bertakhta di hati..
tp hati saya tetap pada en.chenta..

saya nekad xmau contact someone tue dah lepas saya berbaek ngan en.chenta..
untuk kebaikan semua org..
thanks utk someone tue coz sudi jd teman setia saya mendengar masalah saya sepanjang saya bersedih..

lepas saya tak bagi awk baca msg-msg tue..
awk terus marah and jalan balek..
kawan awk follow dari belakang..
laju awk jalan..
saya nampak muka awk mcm sebak..
saya pown follow dari belakang..
time tue hujan..
ayat yang awk ckp kat saya TERIMA KASIH..
haaa, sebelom jalan balek, awk sempat letak kad topap kat saya :'(
first time saya tgok awak marah saya face-to-face mcm tue..
rasa mcm nak nanges sbb takot sgt..

balek tue saya msg awk mintak maaf..
awak xreply..
saya msg lg..
tetiba macam ada perasaan takot kalau kehilangan awk..
saya xsanggop..

saya mintak saya janji tak kan buat lg..

ya, saya janji !

nie ayat-ayat awk..

time kita ada msalah dulu, bucox diam ja, bucox mengalah, bby maki bucox, tep2 aqy bby kata mcm2 :'( 
bucox tima ja..bby taw sapa yg teman bucox time tue?? :'( xdak sapa2 pun.. :'( ayaq mata bucox ngan mak ja tempat bucox nk ceqita..sbb bucox xdak sapa2dh..tp bby bertuah sbb time bby da masalh, stress, da ja owg sudi jdy peneman bby..bucox??

****

tetiba saya rasa sebak bila awk sent msg mcm nie :'(

saya minta maaf.. :'(

tak sangka pengakhiran pertemuan kita berakhir mcm nie..

tp, skunk hope sumanya jd mcm biasa..
saya sayang awk, awak sayang saya..
saya janji akan setia dgn awk andai awk setia dgn saya..

sekeping jew pic yang sempat amek.. orange ^_^ 
mcm plan pulakssss,,
naseb amek pic awal..
kalau tak :'( -_- :'(
kredit to : azROY..


p/s : buat seorang sahabat.. bersabarlah..
setiap yang terjadi pasti ada hikmah..
saya sudah merasai..
harap awak pown kuat terima dugaan yang hampir sama dengan saya..
cuma yang beza antara kita..
fazly bersungguh-sungguh mempertahankan cinta kami..
dan apa yang berlaku pada awak..
hmmm,,percaya pada takdir dan kuasa allah..
saya sebagai sahabat,
sedaya upaya membantu awak..
saya hanya mampu beri nasihat..
saya faham..
memberi nasihat amat mudah..
tapi untuk menerima nasihat tersebut..
hanya orang yang pernah alami sahaja yang mengetahui..
wallahualam..
saya doakan agar awak bertemu dengan laki yang lebih baek n bole dijadikan suami..
inshaallah..

Sunday 4 May 2014

QUEENSBAY MALL

aSSaLamuALaikum..

lama x update pasal saya,
pasal en. chenta..

lupakan hal yg terjadi sebelum nie..
tutup buku lama,
bukak buku baru..
thanks for those yg bnyk bg nasihat..
akan ku kenang jasa kalian..
hanya ALLAH yang mampu balas :)

inshaALLAH, allah permudahkan..

mulanya plan nak pegi tasik taiping..ronda-ronda dlm zoo..
tp plan terpaksa cancel sbb asip xbole cty..
dya kena keja time labor day..
semangat ja saya dan ila plan..
last-last tak jadi..
tak pa la adik oiiii,
jgn marah kat asip keyh walaupown kita sdeyh or kecik aty..
dah mmg tanggungjwb dya..
xkan nk ponteng keja sbb nk ronda-ronda, foya-foya kan..
next time kita plan lg keyh :*

so, saya dan en. chenta amek keputusan nak round-round penang jaa
1. g umah p.ramlee
2. g art street
3. makan pasemboq

oke.. plan last minit..
last-last satu pown xmenjadi..
pegi queensbay..
Feri xyah nk kata la.. mmg jem..
smpai patah balek..
ikot jambatan..

haaaa, fest time la saya dan en.chenta dating kat cnie..
tersangat luas klo nk dibandingkan dgn pasifik, landmark, sunway..
kalau men nyorok-nyorok, kompom xjumpak..huhu

tak beli apa pown.. cuci-cuci mata..
makan SUBWAY..

****

dah nk balek tue..
tetiba saya nak pegy toilet..
puas mencari..
last-last jumpak jugak..
nk dijadikan cerita..
lepas kuar toilet, jalan depan cket ja..
tgok org punya la ramai dok shopping kat PADINI..
rupanya offer 70%..
haaaa ! tunggu g !
kalau bole nak borong satu kedai..
hahaha..

tp kena tahan nafsu shopping..
smpai bile pown x abeh..
sbb sy xminat sgt pakai t-shirt..
tp en.chenta suruh beli gak..
saya amek jaket jeans, t-shirt utk adk n kasut..
en.chenta beli t-shirt(terus rasmi) demi matching ngan dress sy pakai ^_^ n kemeja kat adk zati..
time nk try baju dlm fitting room, jenoh beratoq..
pastue amek turn nak bayaq lak..
mmg kna sabaq laa.. 
kalau bole sampai luaq org nk beratoq..
kalau ada baby tecik, kecian jugak la kan..
naseb kita berdua..
bnyk baju cantek-cantek..
baju baby pown bnyk..
next year kita pi lg keyh =D
total : ~RM100++..amek kau ! baru ja amek brapa lai..

then, nak pegi art street..
punya la jem..
last-last patah balek jugak..
en.chenta ajak makan mee udang..
yYEEaAa,, mcm taw-taw ja saya mmg nk sgt mkn mee udang..

tp bila pikir balek, mmg bajet bnyk gak la qytue..
dah la shopping baju,
nie nk mkan mee udang lg..

so, mkn mee udang kat MEDAN SELERA SRI TAMBANG, sungai dua..
mmg best la kan..
bole pilih udang sendiri..
tp kna pandai control la..
silap hari bulan, kna jd waiter lak ! 
oOpPsSs, kami lettew !
for second time,,
tgok-tgok dlm purse tinggai xseberapa ja..
mmg dua-dua ketaq time tue..
tp en.chenta still bole sedapkan hati saya lg..
jeng3!~~~ huhuhu


nie kat fitting room..
en.chenta dok try baju..
eh, pintu bukak oke..kat cermin jaa.. ^_^

time traffic jam..hhooyyeeaahhh !

menjeling-jeling >_<

^
^
^
oke ! mee udang dah smpai..heeee

sedapppp! thumb up (y)
tak dinafikan, ramai orang kat kedai tue..

saya order air kelapa, en.chenta barli suam :)
alhamdulillah..

huhu..time lepas bayar???
oke, tak tergamak nk amek RM100++..
last-last apa jadi..hahah..
naseb badan oooiiiii,,

tak terkata-kata..
sweet memory..
susah senang kita bersama..
kali kedua..
sebelum nie, time nk mkn pasemboq penang..
haaa, pasnie make sure duet sntiasa mencukupi yaaa !
selamat cukup-cukup sampai clear wallet ~_~

muka orang kenyang + cuak takot duet xcukop..
hahaha


zoom cket =D
4 BUNGKUS utk rumah..
2 utk sy, 2 utk en.chenta..
agak oke la..
tp bg orang yg belum bkerja mcm we all, tersangat mahal..
tp en.chenta ckp, klo nk mkn xkisah..
tp kan..kita kena tgok bajet jugak ya dear ! ingat tue !
*** ukur baju di badan sendiri..
pasnie kedai mamak jelah.. 
saya tak kisah..
janji kenyang..heee..
janji kedai makan tue bersih dan halal..
tue dah cukup utk saya..

oke,, bajet-bajet model..
selamat malam..
daaaa

counting day for praktikal ^_^